Islamic Widget

my identity

Foto Saya
alor star, kedah, Malaysia
Pengalaman yang baru berjagung di KISAS Atau lebih dikenali dengan nma KIK kekadang melupakan aku bahawa aku pernah menjadi warga MAAHAD MAHMUD ALOR SETAR. NamuN, SEKOLAH RENDAH ISLAM ALOR SETAR takkan pernah kulupakan.

thank you Allah

Sabtu, 8 Januari 2011

sedeqah

A$$@LamUalaikum

"pak cik, pak cik nie kenapa di sini. Anak pak cik tak datang ambil ke? pak cik tiada rumah ke?" soal seorang pemuda apabila melihat seorang pak cik yang kelihatan agak tua merempat di tepi jalan.Namun, mukanya kurang kelihatan, terlindung dek topi yang dipakainya. Yang lebih menyedihkan kudung kakinya pulak tu.

"maaf nak, pak cik tiada rumah. Anak2 pak cik selepas bekerja semua tinggalkan pakcik.", rintih lelaki tadi.

"kesian pula aku tengok pak cik ni. Sedeqah jerlah", bisik hati pemuda itu.
"pak cik, nah ambil duit nie, pak cik belilah keperluan pakcik, katanya sambil menghulurkan 2 keping not RM100.

"terima kasih nak, pak cik tak tau nak ucap apa lagi",pak cik itu berkata.

pemuda itu tersenyum. Lalu dia berlalu dari situ. Setelah berjalan tidak jauh, dia menoleh ke belakang. Apa yang dilihatnya ialah 'pak cik' itu sedang berjalan dalam keadaan sihat tanpa sebarang cacat.

"duit aku!! Penipu rupanya.",pemuda tadi hanya mampu melihat 'pak cik' tadi berlalu dengan motorsikalnya. Hatinya teramat dukacita.

selepas itu, berita itu tersebar.. Fuhh cepatnya~

Peristiwa di atas agak kerap berlaku dan ramai yang pernah menghadapinya. Niat pada awalnya sedeqah. Namun, di akhirnya, hanya ungkitan. "abis duit aku...", ayat itu melambangkan pemberin yang tidak ikhlas..

Bagi muslimah, setelah memberi itu, wang itu milik penerima. dan kita tiada hak lagi untuk mengaku bahwa duit itu 'aku punya'.

Untuk situasi tadi, ternyata pak cik yang menerima sedeqah itu penipu. Tapi, apbila difirkan kita ini pemberi, jadi ikhlaskan. Samada penerima itu pembohong atau tidak, itu urusannya dengan Allah. Kita tiada hak untuk menhukumnya.

"tapi, itu duit saya.."
duit kamu? bukankah kamu memberi tadi.. Jadi, secara automatiknya, kamu tiada hak lagi untuk mengatakan itu kamu punya. Berfikiran positiflah. " mungkin itu rezki dia. Halalkan saja. Sekurang2nya dia tanggong dosa kecilku di dunia. Insya-Allah yang lebih baik akan menantiku"..

"kalaulah itu penagih macamana?"
seandainya dia seorang penagih, itu tetap sama saja. Biarlah dia pergi dengan pembohongan dia. Kelak, tuhan akan menyoal di mizan nanti. Jangan risau. Dia takkan terlepas.

p/s oleh itu, walau apa yang berlaku, ikhlas tetap menjadi juara. Ikhlaskanlah dan redhokanlah pemberianmu kerana di situlah hatimu di nilai oleh yang maha kuasa..

0 ulasan:

Catat Ulasan

komen anda....