A$$@LamUalikum
asif jiddan kerana agak lama muslimah tidak berblogging. Kesibukan yang agak ketara barangkali faktor utama. rasanya belum terlambat untuk mslimah ucapkan SELAMAT MENCARI LAILATUL QADAR. mungkin sudah terlepas tapi mungkin tidak. iya kan?
salam Aidilfitri buat semua. Minal Aidin Wal Faizin. Kalau ikutkan banyak yang muslimah nak tulis ni. Tapi, diringkaskan sahaja. Sekarang, banyak sangat kes maksiat berlaku. Entahlah.. Muslimah pon tak tahu nak comment pasai pa. Setiap kali ada sahabat muslimah yang buat, muslimah hanya kata no comment. Teringat selalu pada hadis rasulallah yang mafhumnya sesiapa yang mengata kepada seseorag tentang keburukannya(orang itu) dia takkan mati selagi belum melakukan perbuatan itu.
Perasaan muslimah? Takut ada, sedih ada, unhappy ada. Tak tahulah yang mana. Terlalu banyak rasa untuk hati yang satu ni.
"buat apa la fikir banyak2. Kubur lain2. Pandai2lah tanggung. Jangan jaga tepi kain orang sudahlah," pernah sekali muslimah terdengar ayat nie. Muslimah pon tahu, kubur memang lain2. Memang la! hati pon lain2. Tapi, kalau dah tahu kubur lain2, tak takut ker. Kalau kubur sama, kalau malaikat nak pukul, kawan sebelah boleh tolong rayukan. Tapi, nie seorang diri.
mm.. tak tahulah. Satu lagi, ramai orang selalu pandang serong sekolah agama. Jahat yang dipandang selalu, betul tak?. " mmm, nama ja sekolah agama xxxxxx, tapi perangai, kalah cipanzi. Tulah budak agama. Teruk.. Nanti, jangan bagi anak kita mengaji sana. Nanti teruk. Apa punya sekolahlah tu", mungkin ayat ini selalu kedengaran. Bagi kami, pelajar agama, dah lali pon dengan ucapan ni.
Satu lagi, senario sekolah biasa. " Hyee!! Ustazah korang nie tak tahu ngajar ke? ponteng kelas, tak ngaji, malas blajar. Apa punya ustazahlah! Baik tak payah mengajar. Anak murid tak tahu solat pon satu. Bukan nak tegur. Ustazah zaman sekarang..", sindir seorang guru biasa.
Bagi muslimah isu ni dah biasa. Kami, student agama kerap makan hati berulam jantung. "Man Khoola LailahaillaLLAh fahua ddaie" mafhumnya, " sesiapa yang mengucapkan Lailaha IllaLLah dia adalah pendakwah". Pendakwah tu bukanlah orang yang hanya di masjid bagi ceramah. Bukanlah penceramah jemputan sekolah buat munajat. Bukan.. Pendakwah di sini bereti penyeru. Maksudnya, tugasnya sebaai seorang muslim untuk menegur muslim yang lain apabila buat kemungkaran. Tak kisahlah tegur couple ke, buang sampah ker, solat tak betul ker. Asalkan bantu saudara seagama yang terlalai. Bukanlah seperti persepsi orang melayu kita yang apabila setuh bab solat, mengaji, agama semuanya di bahu seorang ustazah atau ustaz.
Berapa sangatlah student agama yang diterima masyarakat. malahan, student yang kuat beragama pon kadang2 orang agama sendiri tak suka. Tak payahlah lihat dalam negara, lihat di sekolah pon dah cukup. " Tengok dia tu, kalau cakap dengan kita jer mesti kait dengan sirah nabilah, hadislah, al-qur'anlah. heyy.. tak taknaklah kawan. Syadid sangat.", ni ayat sebahagian student sekolah agama. Muslimah sendiri tak nafikan. Bukannya semua student sekolah agama beragama. Bukan apa, ustazah mengajar di depan, otak teringatkan benda lain. malahan, lebih teruk lagi. Tapi Ingatlah, semua orang sama jer. semua da nafsu, ada syaitan dan ada malaikat yang berada di sampingnya. jadi, Fikirlah yang mana yang baik.
seandainya anda suka mencela orang yang agak baik, adakah anda cukup baik? Belum tentu. Muslimah pon bukanlah daripada golongan orang yang cukup baik. Masih ada kekurangan dan kelemahan. tapi, muslimah akan modified diri ni untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.
p/s. Peringatan ni adalah untuk diri yang hina ini dan kepada sesipa yang membaca. Andai tersalah bicara, terkasar bahasa, harap tidak terasa. Artikel ii, tidak berkaitan yang hidup taupun yang telah pergi. Sama2lah renungkan. WallahuA'lam Bissowab
0 ulasan:
Catat Ulasan
komen anda....