A$$@LamUalAikum
Buat kesekian kalinya Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Ini sudah kali yang ke 1431 hijrah. Syahdu rasanya merasai pemergian ramadhan. Ramadhan, bulan rahmat yang sering dipersiakan. Semua orang tahu itu. Bahkan arif tentangnya.
Sedih sekali, apabila menyebut ramadhan perkara pertama yang terlintas di kepala ialah baju raya. Tak pon kuih raya. Kasut raya dah prepare ke? Bagi kebanyakan kaum Malaysia itulah realitinya. Seringkali diperingat oleh para ustaz, tapi, perkara ini masih juga berlaku. Tak cukupkah semua itu untuk membuat semua tersedar. Mungkin hati terlalu gelap kali. Ya, mungkin!
Syaawal menjengah sebagai erti kesyukuran kerana menandakan tamatnya perjuangan pada bulan ramadhan. Ia juga menandakan bahawa perginya bulan seribu rahmat. Syahdunya..
Saat inilah mercun kuat edengaran. Tak pon kemalangan dan kecederaan. Hmm.. tak tahulah apa yang sedang berlaku. Pening dibuatnya.
Bagiku, mungkin syawal ini tak ubah seperti hari biasa. Ya mungkin!. Sanak saudara tetap jauh di mata walau dekat di hati. Itulah kesedihan syawal kali ini. Namun, kuharap ia tidak mengubah nilai kesyukuranku pada Mu, Robbi.
Walaubagaimanapun (bak kata omputih however) Minal aidin wal faizin diucapkan. Maaf kuohon dari hujung rambut sampai hujung kaki. Terlalu banyak dosaku, Ya Allah.
Sayu sekali rasanya, namun tak tergambar oleh kata2.Sahabtku ini akan pergi, namun Allah ganti dengan sahabat yang satu lagi. Namun, sahabatku yang pergi ini sungguh istimewa. Pada sahabatku inilah adnya sinar LailatulQadar, sunguh bernilai.
"Tahun depan ada lagi", kata2 pnnang hatiku. Namun, sampaikah aku pada ramadhan yang akan datang. Wallahua'lam bissowab. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya. TakdirNya hanya Dia yang Maha mengetahui. Kuhanya pasrah..
Andai tahun depan, tiada lagi kudisisi mu sahabatku, tangisilah aku. Sekurang2nya itu penenangku yang abadi.
Sahabat istimewa, maafkanku atas dosaku terhadapmu. Aku terleka barangkali. Namun, kehadiranmu sungguh luarbiasa. Indahmu sangat mempesona batin Umat Islam, menyatukan ukhwah, merapatkan Sillah. Sahabatku, tarawihku tidak dapat kupenuhi. Assif jiddan. Kuhanya manusia, terkadang hatiku terlalu rapuh, sahabtaku. Maafkanlah aku, temanku, Ramadhan..
Selamat datang sahabatku, Syawal. Kutidak pasti kehadiranmu menambah dukaku atau bahagiaku. Marhaban ya sodikhi
Andai ini Ramadhan terakhirku, maaf kuucapkan kepada semua. Kuhanya manusia biasa. Tak terlepas dari leka dunia...
BalasPadam