Islamic Widget

my identity

Foto Saya
alor star, kedah, Malaysia
Pengalaman yang baru berjagung di KISAS Atau lebih dikenali dengan nma KIK kekadang melupakan aku bahawa aku pernah menjadi warga MAAHAD MAHMUD ALOR SETAR. NamuN, SEKOLAH RENDAH ISLAM ALOR SETAR takkan pernah kulupakan.

thank you Allah

Isnin, 13 September 2010

hari raya hari mulia~

A$$@LamUalaikum

Selamat hari lebaran diucapkan buat sahabat-sahabatku sekalian . Rasanya, sempat lagi nih. hehe.. Hari raya kali ini gembira sekali. Sanak saudara dari jauh semuanya pulang namun yang dekat menyusun kaki pulang ke rumah mentua masing2. Wallahua'lam.

Hari raya kali ini membuka mata ini untuk berfikir lebih luas. Setiap keluarga punyai masalah tersendiri dan sememangnya berbeza. bagi keluarga muslimah sendiri terdapat banyak masalah. Bagi muslimah mungkin inilah ujian bagi hidup kami sekeluarga. Walaubagaimanapun, raya kali ini tetap meriah.

Sememangnya perayaan tahun 2010 ini mengeratkan hubungan silaturrahim. Muslimah baru mengenali sepupu muslimah yang hampir sebaya dengan ibu bapa muslimah. Dan perkara yang paling memeranjatkan ialah anak saudara muslimah seusia dengan muslimah dan bersekolah di sekolah yang sama namun berbeza jantina. "Mak, takutlah nak panggil ayah dia ( anak saudara), abang long. Dah la umur pun lebih kurang mak, akak nak pangil apa yer?" Tanyaku pada ibu.

Ibuku hanya tertawa. "akak diam je lah. Senang cerita. Tak lah pening kepala berfikir nak pangil apa kan?" ibuku menjawab. Kami pun sama2 tertawa. Malu sunguh waktu itu. Muslimah hanya membisu. Perkara yang paling tidak disangka2 sememangnya berlaku. Namun, itulah takdir Tuhan.

Begitu juga apabila muslimah pulang ke kampung halaman di pendang. Teramatlah malu. Muslimah berpangkat nenek. " Sumpah akak tak nak cakap mak. Baru kecik macam ni pun, dah jadi tok (panggilan nenek). Sungguh tua! Oh tidak!!"

Peristiwa Aidilfitri tahun ini membuahkan pelbagai rasa. Banyak peristiwa yang tak disangka2 berlaku. Paling tak disangka adalah apabila sanak saudara di pendang menyangkakan muslimah ialah menantu nenek muslimah. Almaklomlah, pak su muslimah baru sahaja melangsungkan peerkahwinannya pada bulan 6 yang lalu. Sepupu muslimah yang lain hanya tertawa dan suka mengusik muslimah dengan panggilan mak su. Tidak!!

Memang Allah jadikan Aidilfitri untuk bergembira dan mengeratkan silaturrahim. Namun, bergembira dalam konteks ini bukanlah bererti bergembira yang melampaui batas seperti karaoke dan sebagainya. Masih terdapat batas2 yang perlu dipatuhi yang telah digariskan seawal 1400+ tahun dahulu.

Perayaan kali ini juga menyingkap siapakah kaca dan permata dalam keluarga. Kerana sebutir kaca yang terselit di dalam daging kami sekeluarga menyebabkan hubungan menantu dan mentua rosak, hubungan anak dan mak terputus, cucu dengan nenek makin hambar, suami dan isteri bergaduh dan sebagainya. Namun, muslimah ingat suatu hari nanti janji Allah pasti akan datang. hanya 1 pintaku, Ya Allah bagilah taufik dan hidayah padanya. Muslimah tidak dapat mennegurnya kerana banyak perkara yang akan dibangkitkannya. Faktor umurlah, autoritilah, ilmulah dan sebagainya. Hanya doalah yang muslimah mampu tadahkan.

namun, cukuplah ibu dan bapa muslimah yang sentiasa menyokong dan mendokong muslimah. Mujurlah Allah menciptakan Ayah yang cukup penyayang dan memahami diri muslimah, ibu yang berhati mulia dan sentiasa berada di belakang perjuangan muslimah. Moga2 raya ini memberikan 1001 pengajaran dan penghayatan buat diriku yang leta ini. Aamiin

0 ulasan:

Catat Ulasan

komen anda....