Islamic Widget

my identity

Foto Saya
alor star, kedah, Malaysia
Pengalaman yang baru berjagung di KISAS Atau lebih dikenali dengan nma KIK kekadang melupakan aku bahawa aku pernah menjadi warga MAAHAD MAHMUD ALOR SETAR. NamuN, SEKOLAH RENDAH ISLAM ALOR SETAR takkan pernah kulupakan.

thank you Allah

Khamis, 8 Julai 2010

seuntai madah

A$$@LamUalaikum


            Setelah lama muslimah menyepi seribu kalam. Kini semangat muslimah untuk menulis kembali bersinar. Setelah kontroversi demi kontrovesi melanda diri hina ini, muslimah tampil di pentas blogging lagi, tapi bukan untuk menulis mengenainya.
   
         I'm teenant! Itu luahan batinku. Memang! Muslimah tidak nafikan muslimah kini berubah wajah 
kepada seorang remaja islam yang baru. Kalimah jihad yang bergema di maahad membisik hati. Tapi, diri ini juga masih 'berperang' dengan perasaan yang berbaur.

            Itulah wanita, apabila meningkat dewasa. Muslimah tidak menafikan zaman jahil muslimah selama seminggu itu cukup tragis dan berbekas dalam hati. Pada waktu itu, muslimah mula berfacebook walaupun hanya berchatting dengan beberapa lelaki yang dikenali tetapi cukuplah!

Hati ini sudah terlalu runsing menentukan yang hak dan batin. Cukuplah! Setelah meneliti blog lain, apa yang dilakukan muslimah pada 'zaman jahil' adalah zina kecil. Jangan sesekali memandang enteng perkara ini! Memang perkara ini kelihatan remeh, tetapi kesannya amat mendalam dalam sanubari ini.

Muslimah tahu mungkin ada yang lebih teruk atau yang lebih baik. Tapi, anggaplah ini mutiara bernilai buat tatapan muslimat yang lain. We are muslimah! So, prove it..

Seorang tokoh yahudi (yang muslimah tak ingat namanya.. hehe) berkata, umat islam tidak akan kuat selagi solat subuh di masjid tidak menyamai solat jumaat.. Ertinya??

Cuba renungi kalimat ini dengan mendalam. Memang tidak dinafikan bahawa waktu subuhlah waktu paling "enak" bermadah dengan fikiran meneroka alam lain ( tidur la tu) , tapi, jangan lupa juga bahawa pada waktu itulah bermula episod kehidupan kita dari masa yang lalu memulakan episod baru.

Seorang lagi 'tokoh' yahudi berkata, selagi di tangan kanan umat islam terdapat Al-Qur'an, manakala di tangan kiri mereka terdapat pedang, kita tidak akan menang!.. Namun, di manakah Al-Qur'an kita, di manakah kalimah jihad ini. Ya, mungkin kita dapat berjihad dengan memboikot barangan israel, tapi, sampai bila? Israel tetap akan kuat walaupun kita memboikot barangannya kerana mereka di bawah pengaruh kuat Amerika.

Al-Qur'an, faktor utama kemenangan umat islam, masihkah kalian baca? Muslimah tahu, kadangkadang kita tidak sempat menjamah tulisannya dan meneliti puitis ayatnya, namun,cubalah untuk itu. Bagi muslimah sendiri, muslimah tetap mengulang bacaan walaupun kadangkala kesibukan mengatasi segala-galanya.( lemahnya diriku). Muslimah masih jahil! Memang! Tapi, cukuplah muslimah sahaja, janganlah saudari saudariku yang lain. Janganlah, ya AllAh!       

Khas buat saudari-saudariku di pentas internet, janganlah kalian menjadi sepertiku yang bodoh ini. Mungkin bagi kalian tempoh seminggu itu singkat, tapi, jangan lupa setiap detik, masa dan waktu ada yang memerhati.. Jadi, sedar-sedarlah…


p/s jadilah lebih baik dari diriku.. tidak guna jika kalian menatap tulisan ini tanpa keinsafan. Memang! Tulisan muslimah tidaklah seperti tulisan yang lain, tapi, cubalah kalian meneliti maksud yang ingin muslimah sampaikan.  

0 ulasan:

Catat Ulasan

komen anda....