ISLAM…………
MY DESTINY N CHOICE……….
Walaupun pemimpin dan rakyat negara kita majoritinya islam,tetapi, negara kita bukanlah sebuah negara islam. Menurut apa yag muslimah dengar dan faham dalam ceramah Ustaz Nuruddun, sesebuah negara akan digelar negara islam sekiranya:-
1) rakyatnya majoriti Islam
2) pemimpinnya islam
3) menjalankan hukum islam; seperti hukum hudud dan lain-lain
Umat islam di negara ini harus berjuang demi mengembalikan status islam negara kita. Apabila seseorang berjuang melalui politik tentang islam dikatakan mempolitikkan islam walhal orang yang berkata demikianlah yang merendah-rendahkan islam.
Islam ialah agama yang syumul. Terlalu luas dan merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah politik. Jika dianggap mempolitikkan islam itu adalah salah. Dan jelas sekali menggambarkan seumpama islam itu hanyalah perkara yang kecil dan rendah. Lantas, dianggap mudah dan dipandang ringan. ITUKAH UMAT ISLAM??? Yang hanya merendahkan dan memandang islam hanya sekadar di tikar sembahyang, islam hanya di kopiah dan tudung yang labuh tetapi, benarkah itu?
Begitulah manusia yang hanyut di alam teori, ITUKAH UMAT ISLAM.Namun hakikatnya hidup ini penuh dengan dugaan yang mematangkan fikiran. Tetapi manusia yang sudah terlupa pada fitrah kewujudannya di muka bumi ALLAH ini yang hanya ditaraf hamba yan hina, yang hanya sekadar makhluk yang lemah, yang sekadar insan yang pelupa..
Apakah kita layak digelar manusia jika menghina apa yang dicipta pada kita, sedangkan kita tidak pernah bersyukur pada fitrah asal kelahiran kita di muka bumi ini. Hanya dugaan sebesar huma boleh melunturkan iman seluas tapak tanaman padi huma.. ITUKAH KITA??
Sedarlah manusia,
Kita bukan dilahirkan bukan untuk menghina walaupun tiada kita menyedarinya… tetapi sebagai hamba di muka bumi Allah ini, sekadar khalifah yang memimpin dan meneruskan perjuangan nabi KITA… Namun adakah kita menggalas amanah itu sebaiknya, adakah kita benar-benar memahami amanah itu??
Sedarlah saudaraku,
Bukan senang nak senang bukan susah nak susah.. Jika senang di dunia dengan kemewahan tanpa memikirkan insan lain yang mederita, bukanlah kita senang nanti DI SANA …. Biar susah menanggung keperitan di dunia yang sementara asal bisa bahagia selamanya di SYURGA..
Sedarlah muslimah kebanggan islam,
Selagi engkau diperlukan untuk memakmurkan muka bumi ini, lakukanlah yang terbaik.usahlah engkau berpura-pura dalam menjalankan syariatnya demi dunia yang fana. Ikhlaskanlah hatimu menjadi khalifah walaupun hanya pada diri sendiri. Teruslah engkau subur di jalan jihad.. tetaplah engkau berjuang walaupun engkau tahu dirimu akan dimamah senjata.. DEMI ISLAM.. Sedarlah kita hanya hamba.. HAMBA. HAMBA… HAMBANYA yang pada bila-bila masa DIA bisa memanggil dan menjemput kita.
Sedarlah wanita ISLAM..
Engkau bukan hanya bisa menggentarkan hati para muslimin dengan kelembutanmu bahkan bisa menggugah dunia dengan tanganmu yang mulia..
Sedarlah sahabatku, saudaraku, kaumku, dan UMAT ISLAM,
Kalianlah insan terpilih untuk tetap subur di medan dakwah. Kalian insan terpilih untuk mendapat syurga dan kalianlah insan terpilih untuk mengubah dunia………..
Ukht fil islam
0 ulasan:
Catat Ulasan
komen anda....