Islamic Widget

my identity

Foto Saya
alor star, kedah, Malaysia
Pengalaman yang baru berjagung di KISAS Atau lebih dikenali dengan nma KIK kekadang melupakan aku bahawa aku pernah menjadi warga MAAHAD MAHMUD ALOR SETAR. NamuN, SEKOLAH RENDAH ISLAM ALOR SETAR takkan pernah kulupakan.

thank you Allah

Rabu, 27 Januari 2010

aurat

A$$@LamUalaikum



Kali ni saja ja muslimah nak tulis bab aurat. Ramai yang kurang mengetahui atau buat-buat tak tahu dengan bab yang agak kurang sensitif dalam masyarakat melayu. Di barat,menjadi trend sekarang, mereka hanya memakai bikini untuk keluar. Mungkin kerana pemanasan global barangkali.


Tapi yang muslimah hairannya, kalau panas pastu tak pakai baju tu menyeksa kulit namanya. Tapi nak buat cam mana lagi, sudah dikatakan panas, tak tahulah muslimah nak cakap apa dah. Bila cakap macam lain, dia pusing macam lain, akhirnya biarlah pada dia nak buat macam mana, muslimah buat sekadar yang termampu.


Muslimah bukan menulis tetapi tidak mengamalkan. Sesiapa yang mengenali muslimah, tahulah dia bagaiman pakaian muslimah di luar kerana Allah berfirman dalam surah As- Soff ayat ke 2 dan 3 mafhumnya:


2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
Pepatah arab juga menyebut: “Ilmu yang tidak diamalkan umpama pohon yang tidak berbuah”. Walaupun pohonnya elok tetapi, apakah manfaatnya pada kita. Kita hanya sekadar memandang kecantikannya tetapi tidak dapat merasai kelazatan hasilnya.


Seperkara lagi, yang paling menyedihkan ialah pelajar sekolah agama yang melakukannya walaupun sudah didedahkan secara jelas yang aurat tu bukannya perkara main-main tetapi muslimah tidak pasti mengapa mereka melakukan sedemikian. Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat ke 31 yang bermaksud:


31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


Akan tetapi, Allah memberikan keringanan kepada golongan tua seperti di dalam surah An-Nur ayat 60 yang bermaksud:


60. Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian[1050] mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.
[1050]. Maksudnya: pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat.








Islam bukanlah agama yang menyusahkan tetapi memudahkan umatnya, tetapi sikap lewa umatnyalah yang menyebabkan berlaku pelbagai konflik seperti zina, seks bebas, couple dan lain-lain lagi terutamanya kepada para remaja. Allah berfirman dalam surah Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:


5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.




Sudah jelas kepada kita, bahkan secara terperinci tetapi sikap kita menyebabkan masyarakat Islam terus dipandang serong dan enteng.

CONTOH PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT:















Hiasan semata-mata




Akan tetapi pakaian di atas tidak cukup sempurna. Sebaik-baiknya memakai purdah .


TIDAK MENUTUP AURAT:


ANTARA
Kesalahan:
1) tidak memakai stoking- penting
2) baju menampakkan susuk badan.
3) Seluar yang menampakkan susuk kaki
4) Tudung tidak menutupi paras dada

Sama-samalah kita membetulkan akidah demi memantapkan iman. Memakai tudung sahaja tidak melambangkan umat islam yang sebenar dan penutupan aurat yang sempurna, akan tetapi melonggarkan pakaian misalnya memakai jubah atau baju kurung dan lain-lain (yang bersesuaian) melambangkan kita sebagai MUSLIMAH IDENTITY.

Justeru itu, marilah kita bersama-sama memajukan islam jika tidak islam akn terus mundur dan kegemilangannya hanyalah sejarah pada sewaktu masa dahulu……..
ALLAHUAKBAR!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!


3 ulasan:

  1. salam....
    wah!
    hasil seniri ke??
    ana tabik spring r klu cm tu...

    perenggan ke-7...
    ayt surah annur (if i not mistaken), nti slh eja...
    kakinya**

    BalasPadam
  2. "Tapi yang muslimah hairannya, kalau panas pastu tak pakai baju tu menyeksa kulit namanya"

    haha..lawak baca ayat ni....cayalah zir! teruskan, kamu pndai mengolah ayat.

    BalasPadam
  3. yo la 2..
    mereka jer..
    ek eleh.. nt pon..........

    BalasPadam

komen anda....