A$$@LamUalikum
Muqaddimah
MUslimah petik artikel ni dari ceramah SYEIKH ABDUSSAMAD AL_FALEMBANI oleh Sir Wan Jaffree Bin Wan Sulaiman ketika berada di Bendangman tempohari. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada sekalian muslimin dan muslimant di nusantara ini. Apa yang ditulis adalah berkaitan dengan sejarah.
Persoalan 1
Mengapa para belia Islam terlibat dalam kumpulan Black Metal dan JIT ( Jangan Ikut Tuhan) yang sanggup mnghina Al-Qur'an (AQ), berzina atas AQ, bakar AQ dan sembah syaitan?
Jawapan: kenapa agaknya mereka sanggup melakukan semua ini walaupun dari buaian mereka diasuh dengan kalimah tauhid? jawapannya ialah kerana mereka menepati kata-kata salah seorang mantan PM British yg bernama William Ewart Gladstone di penghujung abad 19M:
"Selagi orang-orang Islam ada AQ, kita tidak akan boleh menguasai mereka. Samada kita mengambilnya daripada mereka atau kita hilangkan kecintaan mereka padanya".
kepada pembaca, renung-renungkanlah. Adakah kencing dan berzina atas AQ melambangkan kecintaan padanya??
Persoalan 2
Mengapa parti Islam FIS yang memenangi pilihanraya Al-Jaza-ir (Algeria) dinafikan haknya untuk memerintah negara itu oleh satu rampasan kuasa tentera dengan bantuan barat?
Persoalan 3
Mengapa umat islam di negara-negara Islam terus dinafikan hak mereka untuk ditadbir dengan peraturan dan perundangan Islam oleh para pemimpin politik yang mengaku islam?
Jawapan bagi kedua-dua persoalan diatas pula menepati kata-kata dua pembesar British di bawah:
Evelyn Baring ( Lord Cromer ) :
" England sedia memberi kemerdekaan kepada semua tanah jajahannya sebaik saja ada segolongan cendekiawan dan ahli politik yang disemai dengan ciri-ciri budaya Inggeris melalui sistem pendidikan Inggeris, bersedia untuk ambilalih. Tetapi, dalam keadaan apa sekalipon , kerajaan British tidak akan bertolakansur dengan sebuah negara Islam yang merdeka, walaupun untuk seketika."
Thomas Babington Macaulay ( Lord Macaulay)
" Kita mesti cuba sedaya upaya untuk mewujudkan satu golongan yang boleh menjadi jurubahasa (wakil) antara kita dengan berjuta-juta orang yang kita perintah. Iaitu satu golongan manusia yang merupakan sesuatu bangsa dari segi darah dan warna kulit tetapi keinggerisan dari segi citarasa, pendapat dan akhlak.
Ianya juga bertepatanlah dengan sejarah Malaysia yang pernah dijajah. Kita berharap golongan muda yang bakal menerajui negara di masa depan dapat belajar daripada sejarah agar pisang tidak berbuah dua kali..
harap maklum
0 ulasan:
Catat Ulasan
komen anda....